Wednesday, 16 April 2014

TRACK AND TRACE

Terima kasih kerana percayai iena sebagai pengedar shaklee anda.

setiap barang yang iena pos, iena akan sms no tracking untuk tujuan semakan barang yang dipesan berada dimana. 
iena menggunakan khidmat pos laju sahaja.. 
jika iena minta shaklee poskan, shaklee hanya menggunakan kidmat gdex..

dibawah nie lah link untuk memudahkan urusan pelanggan yang iena hormati semua.
hanya masukkan no tracking yang iena smskn. terima kasih.

POSLAJU

tekan disini : Poslaju

GDEX


tekan disini : Gdex
\
semoga kekal sihat dengan shaklee.
terima kasih

JOIN AHLI SHAKLEE

Alhamdulillah..

seronok bila dah hampir setahun menjadi ahli shaklee
lebih sihat dan dapat membantu ramai lagi lebih sihat.

macamana nak join shaklee nie?
ada dua cara sebenarnya..

cara pertama:-
hanya bayar yuran pendaftaran sebanyak rm65 sahaja dan rm10 utk pos.
bila dah daftar, shaklee akan bg kit yang disertakan dengan buku tentang produk shaklee dan kebaikannya. katalog dan pengenalan tentang sistem perniagaan dengan shaklee.

cara kedua:-
dengan pembelian barangan shaklee dalam rm700 sahaja. poduk shaklee boleh dipilih antara dari suplimen, penapis air, kosmetik, dan penjagaan dalam rumah. bila pilih cara yang nie, yuran rm65 tadi sudah tidak perlu lagi sebab ia dah menjadi percuma..
free membership.

dalam kit dari shaklee nielh barang-barangnya yang kita dapat,



banyak sebenarnya produk2 shaklee yang boleh dipilih...

Antara produk shaklee yang boleh dipilih.
ATAU,
jika ada sebarang masalah, boleh sahaja, whatapps iena ditalian nie..

IENA -0129214514

Thursday, 3 April 2014

KENALI SHAKLEE

Keistimewaan Shaklee

Falsafah Produk Shaklee

Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.

Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.
Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. 


SENTIASA SELAMAT

Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat 

Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.
Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.


Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:

Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
ü TIDAK Mengandungi Paraben
ü TIDAK Mengandungi Triklosan
ü TIDAK Mengandungi Phthalates
ü TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
ü TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
ü TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
ü TIDAK Mengandungi Glikol
ü TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
ü TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
ü TIDAK Mengandungi Ammonia
ü TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
ü TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
ü TIDAK Mengandungi Formaldehyde
ü TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
ü TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
ü TIDAK Mengandungi Toulene
ü TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
ü TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
ü TIDAK Mengandungi Pewarna
ü TIDAK Mengandungi Lemak Trans
ü TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
ü TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
ü TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang



SENTIASA BERKESAN
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif


Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 300 juta USD pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.
Dan kami membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah benar.

Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat
  • $300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
  • Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli
  • Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
  • LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil
  • produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

SENTIASA MESRA ALAM

Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar

Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!
Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.

Kami Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar
Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.

Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai

Shaklee telah berjaya:
Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau

Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California

PRODUK SHAKLEE

Info Produk

Vitalea (Multivitamin) 
  1. Mengandungi 12 vitamin dan 9 mineral penting yang lengkap untuk keperluan tubuh seharian.
  2. Membantu meningkatkan kecerdasan minda dan sistem imuniti badan.
  3. Memulihkan selera makan dan melancarkan process pencernaan.
  4. Penting bagi prosess pertumbuhan.
  5. Menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan.
  6. Melengkapkan nutrient yang kurang.
  7. Membantu penyerapan zat dari makanan.
Vita-C Sustained Release
  1. Membantu dalam meningkatkan imuniti badan.
  2. Membantu dalam penyerapan zat besi.
  3. Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka.
  4. Membina kolagen untuk menguatkan dan menyegahkan tisu dalam badan.
  5. Menjaga ketahanan badan dari selsema.
  6. Menstabilkan bahan kimia dalam badan.
B Complex
  1. Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga.
  2. Mencegah kelesuan dan kemurungan.
  3. Membantu kelancaran urat saraf.
  4. Mengelakkan stress.
  5. Mengelakkan sembelit.
Alfalfa
  1. Makanan yang mengandungi 8 enzim pencernaan dalam kuantiti yang secukupnya unutk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.
  2. Mengandungi 10 vitamin, 15 mineral, gentian dan amat kaya protein.
  3. Mengatasi sakit sendi.
  4. Membanyakkan susu badan.
Vitamin E
  1. Melambatkan proses penuaan.
  2. Membantu jantung untuk mengepam dengan lebih efisyen.
  3. Membantu dalam penyerapan oksigen.
  4. Mencegah kanser.
  5. Mencegah kemusnahan vitamin A dan C.
  6. Sebagai antioksidan.
Ostematrix (Calcium Magnesium)
  1. Untuk tulang dan gigi yang kuat.
  2. Mencegah kekejangan otot (cramp).
  3. Membantu dalam pembekuan darah.
  4. Menstabilka denyutan jantung.
  5. Mengurangkan migrain.
  6. Membaiki stimulasi urat saraf.
Zinc
  1. Menyembuhkan luka.
  2. Terlibat dalam penghasilan insulin.
  3. Mengekalkan rangsangan bau dan rasa.
  4. Mengawal kelemumur.
Lecithin
  1. Mengandungi asid lemak penting yang diperlukan tubuh.
  2. Menolong mengeluarkan lemak dari sel – bagus untuk menurunkan berat badan.
  3. Bagus untuk rambut.
  4. Menegangkan dan melembutkan kulit.
Crotomax (Beta Carotene)
  1. Untuk kesihatan mata.
  2. Membina semula sel yang rosak.
  3. Menguatkan imuniti badan.
  4. Membina sel darah putih.
GLA Complex
  1. Membantu dalam mengurangkan PMS (pre-menstrual syndrome) dan ekzema.
  2. Membantu mengawal kencing manis.
  3. Membantu mengawal berat badan.
Energizing Soy Protein
  1. Terdiri daripada 9 komponen asid amino untuk memudahkan penyerapan oleh badan.
  2. Membina sel2 tubuh.
  3. Membantu kesihatan kuku dan rambut.
  4. Membina ketahanan badan.
  5. Menambah susu badan.
MealShake
  1. Pemakanan lengkap yang mengandungi 12 vitamin, 9 mineral dan protein
  2. Bagus untuk mereka yang mengalami kesukaran menelan pil.
  3. Boleh dijadikan quick meal yang berkhasiat.
Performance Drink
  1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
  2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  3. Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  4. Mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

Variasi resipi cara bancuh ESP

Memandangkan ESP ni  one of our best seller.. maka dibwh ni disenaraikan cadangan beberapa cth resipi cara bancuh yg anda boleh cuba..

1.     ESP + Air suam

2.     ESP+ Fresh Milk (sama ada susu kotak atau susu tepung)
3.     ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP)
4.     ESP + SusuAnmum

5.     ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
6.     ESP + Nesvita 3in1
7.     ESP + jus twister tropicana
8.     ESP + Ribena
9.     ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
10.   ESP + Milo/Horlicks
11.   ESP + sirap bandung
12.   ESP + fresh milk + 1sudu madu + 1sudu oat + 1sudu serbuk koko (blend) *boleh mix setengah sudu kecikserbuk Shaklee fiber (jika ada)
13.   ESP + KOKO + OAT
14.   ESP + Milo/Serbuk Coklat Cadbury + SUSU HL 
15.   ESP + kurma + oat+ susu tepung + madu + air msk (blend)
16.   ESP + kurma + kismis + badam + fresh milk <<<<-- blend
17.   ESP + meal shakes + MILO<<<<--- sejukkan SEDAP.
18.   ESP + Nestle Bliss (sejuk2 dari peti ais)
19.   ESP + Kurma + nestum (bukan 3 in 1) + mealshakes + susu tepung <-- blend, pastu letak ketul ais, sedap n kenyang
20.   ESP + kurma + badam + avocado + ais(blend sekali) -->hasil? sgt mengujakan!!*boleh tambah list ini ikut pengalaman anda

_____________________________


Dan ini pula resipi smoothies

Bahan2:
§  Segelas fresh milk
§  1-2sudu besar natural plain yogurt
§  fresh fruits (saya guna banana pagi ni... potong kecik2.. then frozenkan sebentar)
§  Suplemen (sy add sesudu ESP, sesudu Mealshake dan sepeket Collagen powder.. sbb tu resipi namanya awet muda kekal langsing.. haha)
§  1 sudu kecik madu
§  Serbuk koko (optional)Cara2 : Blend semua bahan2 di atas ....kemudian apa lagi.. minummmm


NOTES:

§ JANGAN BANCUH protin dengan AIR PANAS kerana kandungan zat protein mudah musnah pada suhu yang tinggi.
§  Jangan ambil lebih dari 3sudu besar sehari ..(berat utk buah pinggang proses protin yg berlebihan)

sumber: http://www.mamafaiz.com

CARA MEMBUAT PESANAN

Order @ Pesanan

Terima kasih kerana anda berminat untuk mencuba Produk Shaklee.
Untuk membuat pesanan, boleh hubungi saya.

Sila emailkan kepada farihahilman@gamil.com butir-butir seperti :

Nama penuh :
Alamat untuk pos :
Nombor telefon :
Email :
Produk yang dipesan : 
Maklumat pembayaran :
                                      
Anda juga boleh menghubungi saya di talian 012-9214514, dan pastikan butir lengkap seperti di bawah disertakan :

Nama penuh :
Alamat untuk pos :
Nombor telefon :
Email :
Produk yang dipesan :
Maklumat pembayaran :

Sebarang pertanyaan atau pesanan segera, boleh sms/whatsapps saya ditalian: 012-9214514

Pembayaran boleh di buat melalui :  



Penghantaran akan dibuat selepas pembayaran di terima, proses penghantaran mengambil masa  1-3 hari bekerja. Jika anda memerlukan produk secepat mungkin anda boleh memaklumkan kepada saya untuk tindakan. Pembayaran yang diterima sebelum pukul 2 petang proses penghantaran adalah pada hari yang samatetapi jika pembayaran diterima selepas pukul 2 petang proses penghantaran adalah pada keesokan harinya.

Terima kasih kerana sudi berurusniaga dengan saya ;)


Nutrisi penting untuk otak


Kanak-kanak memerlukan zat nutrisi yang seimbang yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak,mineral dan vitamin. Akan tetapi terdapat beberapa zat nutrisi yang sebaiknya diambil berat kerana mempunyai kesan yang amat besar pada pertumbuhan dan perkembangan otak anak. Beberapa zat nutrisi tersebut menurut Pedak dan Maslichan (2009) adalah :

Protein
*******
kajian menunjukkan bahawa bayi yang mengalami kekurangan protein semasa janin masih berada dalam kandungan akan memberi kesan pada berkurangnya berat otak sehingga 13% .Berkurangnya berat otak ini disebabkan saiz dan jumlah sel otak yang kurang. Kurangnya sel otak ini kerana terhalangnya sintesis protein. Oleh itu kekurangan protein yang berlaku di dalam rahim umnya mempunyai IQ rendah. Kemampuan peniskalaan, verbal dan mengingat mereka lebih rendah daripada kanak- kanak yang mendapat nutrisi yang baik. Tambahan lagi protein diperlukan dalam menggantikan tisu termasuk tisu otak.

Asid Lemak Tidak Tepu ( DHA & LA )
**********************************
Untuk menyokong perkembangan sistem saraf pada otak, bayi dan kanak-kanak memerlukan zat nutrisi DHA dan LA. DHA dan LA merupakan permulaan kepada AA ( Arachidonic Acid ) yang diperlukan untuk membentuk membran sel otak. Apabila kekurangan zat nutrisi DHA dan LA, maka sel nueron yang terbentuk hanya sedikit sehingga kemampuan menyimpan data juga terbatas. Komponen utama membran sel neuron adalah tidak tepu. Perkara inilah yang menyebabkan bayi perlu diberi bekalan lemak dalam kuantiti yang mencukupi agar perkembangan otaknya maksima. Namun, bukan semua jenis lemak mempunyao manfaat ini. Lemak yang terbaik adalah asid lemak tidak tepu rantai panjang bentuk DHA. DHA dan LA yang digunakan sebagai bahan untuk proses elongasi AA pada otak yang boleh meningkatkan bilangan sel neuron sehingga mampu meningkatkan kemampuan belajar anak. Selain itu, anak juga boleh lebih banyak menyimpan apa yang diajar padanya.

Susu badan adalah sumber DHA terbaik. Oleh sebab itu, seorang ibu janganlah malas untuk menyusukan anaknya. Apabila seorang ibu memberikan susu badan pada anaknya, bermakna dia telah melakukan banyak perkara untuk kecerdasan anaknya. Memenuhi keperluan DHA sebaiknya dilakukan semenjak ibu mengandung. Ibu hamil boleh mendapat bekalan DHA dari susu yang mengandungi DHA, kekacang, ikan dan banyak lagi. Perlu diingat sebelum mengambil apa-apa makanan telitilah dulu supaya tidak membahayakan kandungan. Contohnya hati-hati memilih ikan yang tinggi kandungan merkurinya kerana merkuri boleh membahayakan janin.
Besi
*****
Bekalan zat besi juga (Fe) juga berkait erat dengan kemampuan intelektual. Berbagai kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang kekurangan zat besi ternyata mempunyai kemampuan mengingat dan menumpukan perhatian lebih rendah. Terdapat perbezaan ketara dalam markah ujian jika bekalan zat besi diabaikan.
Fosfor
******
Mineral fosfor juga penting bagi otak. Fosfor adalah komponen fosfolipid yang merupakan sebahagian dari membran sel dan berfungsi mengatur pemindahan dari dan ke luar sel termasuk sel otak.
Zinc
*****

Zink dalam tisu otak berfungsi meningkatkan aktiviti mental. perkara ini terbukti dari satu hasil kajian yang menyatakan bahawa kanak-kanak yang cukup keperluan zink ternyata 72% lebih aktif dibandingkan dengan kanak-kanak yang kekurangan zinc. Bekalan zinc seperti susu, daging, ikan dan lain-lain lagi.

APA ITU LECITHIN

Lecithin adalah gabungan kolina, inositol dan asid lemak penting yg lain.

Lecithin juga dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’….dalam kata ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah…dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran.

Masih ramai lagi yang tidak tahu sebenarnya banyak lagi kelebihan, kebaikan dan faedah yang kita dapat dariLecithin Shaklee ni kerana mereka lebih mengenali Lecithin sebagai vitamin untuk kuruskan badan, tetapi ketahuilah Lecithin bukan sekadar kuruskan badan.

KHASIAT DAN KEGUNAAN LECITHIN

1. PALING UTAMA – untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)

  •  Lecithin memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  •  Ia membantu menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
  •  Membantu mengawal paras triglycerides
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol


2. PENTING UNTUK FUNGSI OTAK

Acethylcholine penting untuk fungsi otak – berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb. Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari LECITHIN
Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine ? kerana 30% otak adalah lecithin, dan 70% lemak di hati (liver) adalah lecithin

3. UNTUK KAUM TUA

 Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua
Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb

4. UNTUK PENGHADAMAN

 Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil ‘bile’(jus hempedu) daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

5. UNTUK SEL

 Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel
 Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

6. UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG) 

 Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
 Ia amat mujarap jika di ambil bersama-sama EPA dan Fiber

HASIL PENYELIDIKAN (R&D)
Lecithin daripada soyabean berkesan memecahkan deposit kolesterol
Lecitin daripada telor boleh tetapi tidak bergitu berkesan

MENGAPA SHAKLEE
 Kacang soya – sumber semulajadi yang terpilih.
 Kapsulnya mempunyai ciri-ciri lecithin sebagaimana di anugerahkan oleh alam
 Tiada pengawet, perwarna, perasa tiruan
 Kepekatannya.
- 1 kapsul : 520 mg lecithin
 78 mg phosphatidycholine
 47 mg phosphatidylinositol

PERANAN LECITHIN BUAT IBU MENYUSU

Ada yang bercerita apabila mereka mendapati badan makin mengembang akibat dari pengambilan makanan yang tidak seimbang. Namun bagi yang menyusu badan, tahukah anda, kebaikan Lecithin kepada ibu yang menyusu?

Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.
Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.
Ia membantu ibu mengatasi masalah lupa atau “short memory” yang biasa dilalui selepas melahirkan.
Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi.