Monday, 24 November 2014

ISTIMEWAKAH ALFAFA SHAKLEE??

Apa itu ALFAFA?

Alfalfa adalah tumbuhan yang jarang diperkatakan. Mungkin kerana ia bukan berasal dari negara kita. Alfalfa sebenarnya sejenis tumbuhan/herba yang sagat kaya dengan nutrisi.
Khasiat Alfalfa boleh digunapakai untuk simptom berikut:
Bengkak, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia, sembab air, tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan, hayfever, gout, bau badan, kaki busuk, nafas berbau, serta tujuan detoksifikasi.
Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria.

Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.
Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa:

Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu

Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain.


Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.


Wednesday, 9 July 2014

PENTINGKAH ZAT YANG LENGKAP SEWAKTU HAMIL?




Ketahui beberapa jenis zat terpenting yang sangat diperlukan semasa hamil.

1. Asid Folik 

Asid Folik dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah, ia dapat menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukkan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai ko enzim dalam sintesis DNA dan RNA, ia penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Zat ini boleh membantu dalam depresi dan kegelisahan. Asid Folik sangat penting dalam kehamilan, ia membantu megatur pembentukkan sel saraf embrio dan janin yang amat penting untuk tumbesaran yang normal. Asid Folik sangat berkesan apabila digabungkan dengan Vitamin B dan Vitamin C. Pengambilan sebanyak 600mg sehari amat digalakkan untuk ibu hamil.

2. Asid Lemak Omega 3

Omega 3 diketahui meransang otak. Omega 3 dan DHA sangat diperlukan pembentukkan sistem saraf pusat janin.Kajian menunjukkan bahawa genglosida berpengaruh pada struktur otak terutama fungsi belajar dan mengingat. Kajian menunjukkan bayi yang menjalani ujian perkembangan mental mendapat skor yang tinggi apabila ibunya makan telur yang mengandungi banyak omega 3 semasa kehamilan.Sumber ikan , minyak ikan, bijirin dan telur omega 3 serta susu yang diperkaya omega 3.

3. Protein

Semasa hamil, badan anda bekerja keras untuk membentuk sel-sel otak bayi, jadi ia memerlukan tambahan protein. Anda memerlukan protein lebih banyak sewaktu hamil, berpantang dan menyusukan bayi. Hal ini penting untuk pertumbuhan jaringan pada janin.
Sumber: Sumber haiwan seperti daging, ayam, ikan, telur dan produk tenusu. Manakala sumber lain ialah seperti kekacang, soya dan produk soya, biji-bijian dan sayuran hijau.

4. Zat Besi

Zat besi memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripada paru-paru ke tisu, Zat besi bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan. Ia digunakan dalam pembuatan hemoglobin dan berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Sepanjang kehamilan penggunaan zat besi akan bertambah 2 kali ganda untuk memenuhi keperluan ibu dan bayi. Jika keperluannya tidak dapat dipenuhi, ibu akan cepat penat dan mudah mendapat jangkitan penyakit. Risiko melahirkan bayi tidak cukup bulan dan kurang berat turut berlaku. 

5. Kalsium

Kalsium adalah mineral yang terbanyak yang terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukkan dan bagi mengekalkan tulangyang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerak balas saraf dan kontraks otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporosis. 

Sewaktu hamil, janin akan mengambil sekitar 25mg-30mg sehari daripada ibunya. Pengambilan tertinggi ialah pada trimester ketiga kehamilan Jika bekalan kalsium tidak mencukupi janin akan mengambil kalsium daripada tulang ibu. Sebab itu, ibu perlu memastikan yang pengambilan sumber kalsiumnya mencukupi untuk menampung keperluannya sekitar 1000mg.
Jika anda ibu yang mengandung samada anak pertama, kedua atau seterusnya dan sangat sibuk saya ada menawarkan rangkaian vitamin Shaklee untuk anda, dengan harga mampu milik ianya selamat untuk anda dan bayi anda dan ramai yang telah mendapat kebaikan daripadanya. 

 Menurut Pakar Sakit Puan Dr Hamid Arshat, setiap wanita, terutama sejak hamil, perlu makan vitamin untuk kesihatan badan yang menyeluruh. Dan sepatutnya pengambilan vitamin ini diteruskan sehingga akhir hayat.

 

 


Wednesday, 16 April 2014

TRACK AND TRACE

Terima kasih kerana percayai iena sebagai pengedar shaklee anda.

setiap barang yang iena pos, iena akan sms no tracking untuk tujuan semakan barang yang dipesan berada dimana. 
iena menggunakan khidmat pos laju sahaja.. 
jika iena minta shaklee poskan, shaklee hanya menggunakan kidmat gdex..

dibawah nie lah link untuk memudahkan urusan pelanggan yang iena hormati semua.
hanya masukkan no tracking yang iena smskn. terima kasih.

POSLAJU

tekan disini : Poslaju

GDEX


tekan disini : Gdex
\
semoga kekal sihat dengan shaklee.
terima kasih

JOIN AHLI SHAKLEE

Alhamdulillah..

seronok bila dah hampir setahun menjadi ahli shaklee
lebih sihat dan dapat membantu ramai lagi lebih sihat.

macamana nak join shaklee nie?
ada dua cara sebenarnya..

cara pertama:-
hanya bayar yuran pendaftaran sebanyak rm65 sahaja dan rm10 utk pos.
bila dah daftar, shaklee akan bg kit yang disertakan dengan buku tentang produk shaklee dan kebaikannya. katalog dan pengenalan tentang sistem perniagaan dengan shaklee.

cara kedua:-
dengan pembelian barangan shaklee dalam rm700 sahaja. poduk shaklee boleh dipilih antara dari suplimen, penapis air, kosmetik, dan penjagaan dalam rumah. bila pilih cara yang nie, yuran rm65 tadi sudah tidak perlu lagi sebab ia dah menjadi percuma..
free membership.

dalam kit dari shaklee nielh barang-barangnya yang kita dapat,



banyak sebenarnya produk2 shaklee yang boleh dipilih...

Antara produk shaklee yang boleh dipilih.
ATAU,
jika ada sebarang masalah, boleh sahaja, whatapps iena ditalian nie..

IENA -0129214514

Thursday, 3 April 2014

KENALI SHAKLEE

Keistimewaan Shaklee

Falsafah Produk Shaklee

Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.

Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.
Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. 


SENTIASA SELAMAT

Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat 

Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.
Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.


Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:

Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
ü TIDAK Mengandungi Paraben
ü TIDAK Mengandungi Triklosan
ü TIDAK Mengandungi Phthalates
ü TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
ü TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
ü TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
ü TIDAK Mengandungi Glikol
ü TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
ü TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
ü TIDAK Mengandungi Ammonia
ü TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
ü TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
ü TIDAK Mengandungi Formaldehyde
ü TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
ü TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
ü TIDAK Mengandungi Toulene
ü TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
ü TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
ü TIDAK Mengandungi Pewarna
ü TIDAK Mengandungi Lemak Trans
ü TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
ü TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
ü TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang



SENTIASA BERKESAN
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif


Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 300 juta USD pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.
Dan kami membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah benar.

Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat
  • $300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
  • Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli
  • Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
  • LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil
  • produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

SENTIASA MESRA ALAM

Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar

Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!
Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.

Kami Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar
Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.

Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai

Shaklee telah berjaya:
Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau

Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California

PRODUK SHAKLEE

Info Produk

Vitalea (Multivitamin) 
  1. Mengandungi 12 vitamin dan 9 mineral penting yang lengkap untuk keperluan tubuh seharian.
  2. Membantu meningkatkan kecerdasan minda dan sistem imuniti badan.
  3. Memulihkan selera makan dan melancarkan process pencernaan.
  4. Penting bagi prosess pertumbuhan.
  5. Menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan.
  6. Melengkapkan nutrient yang kurang.
  7. Membantu penyerapan zat dari makanan.
Vita-C Sustained Release
  1. Membantu dalam meningkatkan imuniti badan.
  2. Membantu dalam penyerapan zat besi.
  3. Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka.
  4. Membina kolagen untuk menguatkan dan menyegahkan tisu dalam badan.
  5. Menjaga ketahanan badan dari selsema.
  6. Menstabilkan bahan kimia dalam badan.
B Complex
  1. Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga.
  2. Mencegah kelesuan dan kemurungan.
  3. Membantu kelancaran urat saraf.
  4. Mengelakkan stress.
  5. Mengelakkan sembelit.
Alfalfa
  1. Makanan yang mengandungi 8 enzim pencernaan dalam kuantiti yang secukupnya unutk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.
  2. Mengandungi 10 vitamin, 15 mineral, gentian dan amat kaya protein.
  3. Mengatasi sakit sendi.
  4. Membanyakkan susu badan.
Vitamin E
  1. Melambatkan proses penuaan.
  2. Membantu jantung untuk mengepam dengan lebih efisyen.
  3. Membantu dalam penyerapan oksigen.
  4. Mencegah kanser.
  5. Mencegah kemusnahan vitamin A dan C.
  6. Sebagai antioksidan.
Ostematrix (Calcium Magnesium)
  1. Untuk tulang dan gigi yang kuat.
  2. Mencegah kekejangan otot (cramp).
  3. Membantu dalam pembekuan darah.
  4. Menstabilka denyutan jantung.
  5. Mengurangkan migrain.
  6. Membaiki stimulasi urat saraf.
Zinc
  1. Menyembuhkan luka.
  2. Terlibat dalam penghasilan insulin.
  3. Mengekalkan rangsangan bau dan rasa.
  4. Mengawal kelemumur.
Lecithin
  1. Mengandungi asid lemak penting yang diperlukan tubuh.
  2. Menolong mengeluarkan lemak dari sel – bagus untuk menurunkan berat badan.
  3. Bagus untuk rambut.
  4. Menegangkan dan melembutkan kulit.
Crotomax (Beta Carotene)
  1. Untuk kesihatan mata.
  2. Membina semula sel yang rosak.
  3. Menguatkan imuniti badan.
  4. Membina sel darah putih.
GLA Complex
  1. Membantu dalam mengurangkan PMS (pre-menstrual syndrome) dan ekzema.
  2. Membantu mengawal kencing manis.
  3. Membantu mengawal berat badan.
Energizing Soy Protein
  1. Terdiri daripada 9 komponen asid amino untuk memudahkan penyerapan oleh badan.
  2. Membina sel2 tubuh.
  3. Membantu kesihatan kuku dan rambut.
  4. Membina ketahanan badan.
  5. Menambah susu badan.
MealShake
  1. Pemakanan lengkap yang mengandungi 12 vitamin, 9 mineral dan protein
  2. Bagus untuk mereka yang mengalami kesukaran menelan pil.
  3. Boleh dijadikan quick meal yang berkhasiat.
Performance Drink
  1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
  2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  3. Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  4. Mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.