Nutrisi
penting untuk otak
Kanak-kanak
memerlukan zat nutrisi yang seimbang yang mengandungi karbohidrat,
protein, lemak,mineral dan vitamin. Akan tetapi terdapat beberapa zat nutrisi
yang sebaiknya diambil berat kerana mempunyai kesan yang amat besar pada
pertumbuhan dan perkembangan otak anak.
Beberapa zat nutrisi tersebut menurut
Pedak dan Maslichan (2009) adalah :
Protein
*******
kajian menunjukkan bahawa
bayi yang mengalami kekurangan protein semasa janin masih berada dalam
kandungan akan memberi kesan pada berkurangnya berat otak sehingga 13%
.Berkurangnya berat otak ini disebabkan saiz dan jumlah sel otak yang kurang.
Kurangnya sel otak ini kerana terhalangnya sintesis protein. Oleh itu
kekurangan protein yang berlaku di dalam rahim umnya mempunyai IQ rendah.
Kemampuan peniskalaan, verbal dan mengingat mereka lebih rendah daripada kanak-
kanak yang mendapat nutrisi yang baik. Tambahan lagi protein diperlukan dalam
menggantikan tisu termasuk tisu otak.
Asid
Lemak Tidak Tepu ( DHA & LA )
**********************************
Untuk
menyokong perkembangan sistem saraf pada otak, bayi dan kanak-kanak memerlukan
zat nutrisi DHA dan LA. DHA dan LA merupakan permulaan kepada AA ( Arachidonic
Acid ) yang diperlukan untuk membentuk membran sel otak. Apabila kekurangan zat
nutrisi DHA dan LA, maka sel nueron yang terbentuk hanya sedikit sehingga
kemampuan menyimpan data juga terbatas. Komponen utama membran sel neuron
adalah tidak tepu. Perkara inilah yang menyebabkan bayi perlu diberi bekalan
lemak dalam kuantiti yang mencukupi agar perkembangan otaknya maksima. Namun,
bukan semua jenis lemak mempunyao manfaat ini. Lemak yang terbaik adalah asid
lemak tidak tepu rantai panjang bentuk DHA. DHA dan LA yang digunakan sebagai
bahan untuk proses elongasi AA pada otak yang boleh meningkatkan bilangan sel
neuron sehingga mampu meningkatkan kemampuan belajar anak. Selain itu, anak
juga boleh lebih banyak menyimpan apa yang diajar padanya.
Susu
badan adalah sumber DHA terbaik. Oleh sebab itu, seorang ibu janganlah malas
untuk menyusukan anaknya. Apabila seorang ibu memberikan susu badan pada
anaknya, bermakna dia telah melakukan banyak perkara untuk kecerdasan anaknya.
Memenuhi keperluan DHA sebaiknya dilakukan semenjak ibu mengandung. Ibu hamil
boleh mendapat bekalan DHA dari susu yang mengandungi DHA, kekacang, ikan dan
banyak lagi. Perlu diingat sebelum mengambil apa-apa makanan telitilah dulu
supaya tidak membahayakan kandungan. Contohnya hati-hati memilih ikan yang
tinggi kandungan merkurinya kerana merkuri boleh membahayakan janin.
Besi
*****
Bekalan
zat besi juga (Fe) juga berkait erat dengan kemampuan intelektual. Berbagai
kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang kekurangan zat besi ternyata
mempunyai kemampuan mengingat dan menumpukan perhatian lebih rendah. Terdapat
perbezaan ketara dalam markah ujian jika bekalan zat besi diabaikan.
Fosfor
******
Mineral
fosfor juga penting bagi otak. Fosfor adalah komponen fosfolipid yang merupakan
sebahagian dari membran sel dan berfungsi mengatur pemindahan dari dan ke luar
sel termasuk sel otak.
Zinc
*****
Zink
dalam tisu otak berfungsi meningkatkan aktiviti mental. perkara ini terbukti
dari satu hasil kajian yang menyatakan bahawa kanak-kanak yang cukup keperluan
zink ternyata 72% lebih aktif dibandingkan dengan kanak-kanak yang kekurangan
zinc. Bekalan zinc seperti susu, daging, ikan dan lain-lain lagi.



No comments:
Post a Comment