1.
Kerapkan Menyusu / Mengepam
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3
jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk
menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan
terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam. Perah setiap 3 jam. Jika
bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung
semula sesi perahan susu. Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin
kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan. Kerapkan sesi
pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon
prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.
2. Jangan Tunggu Payudara Penuh
Ada sesetengah wanita suka menjadikan
payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan,
ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan
bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu
penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan
bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan
payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak
yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Minum Banyak Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang
tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3 liter air
iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.
4. Fikir Bayi Fikir Susu
Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini
dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan
susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan
bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang
payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu. Masa nak mengepam lihatlah
gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin.
5. Berdisiplin
Berdisplin ketika memerah susu. Jangan
sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila hujung minggu jangan ponteng
mengepam. Masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana?
Guna tip #6 dan #7.
6. Tendum Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu
serentak menggunakan breast pump Disamping anak dapat menyusu, kita dapat juga
mengumpul stok.
7. Teknik Marmet
Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib
kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya
menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet
selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga
100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat
membantu. Kalau dengan menggunakan pump dpt 3.5oz sebelah payudara, buat marmet
boleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampak sikit, tapi ada beza.
8. Menyusu / Mengepam Lebih Lama
Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan
bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian
sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini
akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika
anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat
foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori
mencukupi untuk tumbesarannya. Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm
15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong
selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu
seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar. Mengepam
lebih lama juga bleh buat let down 2-3kali. Yang penting, Konsisten, Disiplin
dan Istiqamah..
9.
Penyusuan Malam
Amalan menyusukan bayi di waktu malam
sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam,
anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap.
Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya
menghasilkan lebih banyak susu.
10. Urutan
Teknik urutan payudara yang betul akan
membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami
bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan
tuala yang telah direndam di dalam air suam.



No comments:
Post a Comment